Penyamaran dan "Deepfake"
Pernah terjumpa sesuatu yang mendakwa datang daripada BNM?
Penipu mungkin menyalahgunakan nama, logo atau pegawai Bank Negara Malaysia untuk mempromosikan pelaburan palsu, meminta bayaran atau memperoleh maklumat peribadi. Mereka juga mungkin menggunakan kecerdasan buatan untuk mencipta video, imej, suara dan iklan yang meyakinkan.
Sebelum anda bertindak
Semak maklumat tersebut dengan laman web rasmi BNM dan saluran media sosialnya.
Sahkan dakwaan atau kandungan yang mencurigakan dengan BNMLINK.
Semak Senarai Amaran Pengguna Kewangan BNM untuk entiti atau skim yang telah ditanda.
Jangan klik pautan yang mencurigakan, membuat bayaran atau berkongsi maklumat peribadi dan perbankan.
Laporkan kandungan yang mencurigakan kepada platform berkaitan dan maklumkan kepada BNM.
Laman web yang kelihatan rasmi tidak semestinya sahih ⚠️
Awas dengan scammer yang menyamar sebagai BNM melalui laman web palsu dan aplikasi berbahaya untuk mencuri maklumat peribadi dan perbankan anda.
Sentiasa berwaspada! Semak maklumat yang mencurigakan di bnm.gov.my/sahkan
#BNMAmaranScam #JanganKenaScam #ScamAlert #SoalSekatSebar #AndaLebihBijak
Pernah terlihat iklan seperti ini dalam talian?
Jangan mudah terpedaya dengan apa yang anda lihat. Penipu menggunakan iklan yang dijana kecerdasan buatan (AI) untuk menyamar sebagai Bank Negara Malaysia dan mengelirukan anda.
Jika ragu-ragu, laporkan dengan segera.
Jangan terpedaya dengan kandungan deepfake dalam talian yang melibatkan Gabenor Bank Negara Malaysia. Jika ragu-ragu, sahkan dengan BNMLINK melalui https://bnm.gov.my
Penipuan ini telah muncul semula secara dalam talian.
Penipu mungkin menggunakan artikel atau akaun media sosial palsu serta menyamar sebagai pegawai kanan Bank Negara Malaysia untuk mengelirukan orang ramai.
Jika anda menemui kandungan mencurigakan yang mendakwa daripada Bank Negara Malaysia atau pegawainya, sila sahkan melalui saluran rasmi BNM.
Jangan terpedaya dengan dokumen palsu yang menyalahgunakan logo atau nama pegawai Bank Negara Malaysia. Jika ragu-ragu, sahkan dengan BNMLINK di http://bnmlink.bnm.gov.my
Jangan isi butiran anda dalam borang yang menyalahgunakan nama dan logo Bank Negara Malaysia. Jika ragu-ragu, sahkan dengan BNMLINK di http://bnmlink.bnm.gov.my
Jangan terpedaya dengan e-mel yang menyamar sebagai Gabenor. Jika ragu-ragu, sahkan dengan BNMLINK di http://bnmlink.bnm.gov.my
Jangan terpedaya dengan mesej penipuan yang menyamar sebagai Gabenor BNM menggunakan pengenalan palsu melalui platform pemesejan peribadi.
Jika ragu-ragu, sahkan dengan BNMLINK di bnmlink.bnm.gov.my
Jangan terpedaya dengan penipu yang menggunakan nama atau logo BNM untuk mempromosikan skim pelaburan palsu dengan janji pulangan yang pantas dan tinggi.
Apabila ragu-ragu, semak dahulu sama ada entiti atau skim tersebut boleh dipercayai melalui Senarai Amaran Pengguna Kewangan BNM atau Amaran Pelabur oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Jangan mudah terpedaya dengan pihak yang menyamar sebagai Gabenor BNM melalui akaun media sosial palsu.
BNM TIDAK berkomunikasi atau meminta maklumat peribadi melalui media sosial.
Jika ragu-ragu, sila hubungi BNMLINK melalui bnmlink.bnm.gov.my
Jangan mudah terpedaya dengan penipu yang menyalahgunakan nama dan logo Bank Negara Malaysia (BNM) serta gambar tokoh terkemuka untuk mempromosikan skim pelaburan palsu melalui media sosial yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa yang singkat.
Kebanyakan iklan menerusi media sosial ini akan mengarahkan anda kepada aplikasi pemesejan yang digunakan oleh penipu untuk mempengaruhi anda supaya memindahkan wang untuk pelaburan.
BNM tidak mengiktiraf sebarang skim pelaburan.
Sentiasa pastikan skim pelaburan disemak dan disahkan melalui sumber rasmi sebelum melakukan apa-apa transaksi. Jika ragu-ragu, hubungi BNMLINK melalui bnmlink.bnm.gov.my
Penipu terus mengambil kesempatan terhadap kepercayaan orang ramai dengan menyalahgunakan identiti Bank Negara Malaysia. Sentiasa semak dan buat pengesahan sebelum mengambil sebarang tindakan! BNM tidak akan meminta anda memindahkan wang atau mendedahkan maklumat perbankan peribadi untuk sebarang siasatan.
Jika ragu-ragu, sila hubungi BNMLINK melalui bnmlink.bnm.gov.my
Jangan terpedaya dengan mesej atau surat yang dihantar oleh individu yang berpura-pura menjadi pegawai kanan Bank Negara Malaysia. Jika ragu-ragu, hubungi BNMLINK melalui https://bnmlink.bnm.gov.my
Adakah halaman ini membantu?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.