Langkah Interim untuk Menggalakkan Akses Berterusan kepada Produk Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan

mhit_pic2

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan langkah-langkah interim yang dipersetujui dengan industri insurans dan takaful untuk membantu pemegang polisi* yang mengalami perubahan pada premium produk insurans/takaful perubatan dan kesihatan (medical and health insurance and takaful, MHIT) mereka. Langkah-langkah interim ini telah diperkenalkan bagi mengurangkan kesan kewangan terhadap pemegang polisi pada masa ini serta memastikan perlindungan MHIT yang berterusan. Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang lebih menyeluruh untuk menangani kos perubatan yang semakin meningkat di Malaysia sangat diperlukan bagi menangani kenaikan premium pada masa hadapan dan memastikan produk MHIT terus mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

* Sebarang rujukan kepada insurans/premium insurans/pemegang polisi merangkumi takaful/sumbangan takaful/peserta takaful


Manfaat yang boleh diperolehi daripada langkah interim:

Sebarang perubahan premium yang disebabkan inflasi tuntutan perubatan yang dilaksanakan pada tahun 2024 hingga 2026 akan diagihkan

1_logo

  • Kenaikan premium diagihkan selama sekurang-kurangnya tiga tahun.

  • Sekurang-kurangnya 80% pemegang polisi dijangka menghadapi pelarasan premium tahunan yang disebabkan oleh inflasi tuntutan perubatan sebanyak kurang daripada 10%

Tangguhan sementara pelarasan premium yang disebabkan inflasi tuntutan perubatan

3_logo

Bagi pemegang polisi yang berumur 60 tahun ke atas yang dilindungi di bawah pelan minimum bagi produk MHIT yang dibeli, ITO akan menangguhkan bayaran premium selama setahun

* Langkah-langkah interim di atas tidak terpakai pada kenaikan premium yang boleh dikenakan apabila pemegang polisi beralih ke kategori umur yang lebih tinggi. Ini akan diuruskan secara berasingan oleh Insurers and Takaful Operators (ITO).

Pengaktifan semula polisi

2_logo

Pemegang polisi yang telah menyerahkan polisi atau polisi MHIT mereka telah luput pada tahun 2024 disebabkan oleh penetapan semula premium ini boleh menghubungi ITO masing-masing untuk memohon polisi mereka diaktifkan semula berdasarkan premium yang dilaraskan menerusi langkah ini tanpa keperluan pengunderaitan (underwriting) tambahan.

Produk MHIT alternatif

lurve

  • Semua ITO akan menyediakan produk MHIT alternatif yang bersesuaian pada premium yang sama atau lebih rendah bagi pemegang polisi yang tidak berminat untuk meneruskan pelan MHIT mereka yang sedia ada

  • Produk alternatif tersebut akan disediakan pada premium yang sama atau lebih rendah tanpa sebarang kos pengunderaitan atau kos penukaran tambahan.

  • ITO yang tidak menyediakan produk alternatif yang sesuai pada masa ini hendaklah menawarkan produk tersebut kepada pemegang polisi selewat-lewatnya pada hujung tahun 2025.

Penting!

Makluman berkenaan dengan langkah-langkah ini oleh ITO kepada pemegang polisi individu akan dilaksanakan secara berperingkat.
Pemegang polisi juga boleh menghubungi ITO masing-masing mulai 15 Januari 2025.

Sumbangan bersama bagi mempercepat pembaharuan kesihatan dan membantu pemegang polisi berumur 60 tahun ke atas

  • Kerajaan bersama-sama dengan ITO dan hospital swasta akan memberikan sumbangan sebanyak RM60 juta untuk mempercepat pembaharuan kesihatan

  • Hal ini termasuk pelaksanaan model pembayaran Diagnosis-Related Group dan penyiaran kos prosedur perubatan lazim bagi meningkatkan ketelusan

  • sebahagian daripada dana ini juga akan digunakan untuk menyokong pembangunan produk asas MHIT yang meliputi keperluan penjagaan kesihatan penting dan memudahkan pemegang polisi yang berumur 60 tahun ke atas membuat pertukaran kepada produk asas baharu apabila ditawarkan


Maklumat Lanjut

Anda boleh menghubungi persatuan industri insurans/takaful berikut atau ITO anda:

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM)
Persatuan Takaful Malaysia (MTA)
Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)

Baca soalan lazim yang disediakan industri di sini.

Senarai Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful (ITO) yang terlibat dalam semakan harga produk MHIT

Pemegang polisi boleh menghubungi ITO masing-masing melalui talian hotline dan laman web mereka untuk maklumat lanjut:


Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?