iTEKAD Kerjaya

iTEKAD Kerjaya: Membina Daya Tahan dan Kebolehpasaran Pekerjaan bagi Segmen Rentan
iTEKAD Kerjaya merupakan sub‑program yang diperkenalkan di bawah naungan iTEKAD pada tahun 2026. Program ini bertujuan membantu individu daripada komuniti rentan untuk meningkatkan kebolehpasaran pekerjaan serta membina daya tahan kewangan melalui pendekatan berteraskan model seakan biasiswa.
Di bawah setiap program iTEKAD Kerjaya, peserta akan menerima pakej sokongan yang menyeluruh, termasuklah:

Institusi Kewangan yang menyertai iTEKAD Kerjaya

Nama program | DAYA Insani |
Objektif | Menyokong peserta melalui program peningkatan kemahiran (upskilling) dan pemerkasaan semula kemahiran (reskilling) yang disasarkan, bagi menyediakan mereka untuk peluang pekerjaan pada masa hadapan dalam bidang kejururawatan dan teknologi pembuatan. |
Ciri pembiayaan | Dibiayai melalui derma |
Proposisi nilai tambah | Peserta program akan disediakan sesi bimbingan literasi kewangan, akaun simpanan dan langganan pakej insurans/takaful berkumpulan sepanjang tempoh latihan. |
Rakan pelaksana |
|
Soalan Lazim iTEKAD Kerjaya
Maklumat Umum
1. Program iTEKAD Kerjaya bertujuan membantu individu daripada komuniti rentan. Apakah definisi atau tafsiran Bank Negara Malaysia terhadap segmen sasaran ini?
Walaupun Bank Negara Malaysia tidak menetapkan definisi yang khusus bagi komuniti rentan, dalam konteks iTEKAD Kerjaya, istilah ini merujuk secara umum kepada segmen masyarakat yang terkesan oleh jurang daripada segi akses kepada sumber yang mencukupi, sistem sokongan atau penyelesaian kewangan yang bersesuaian. Keadaan ini boleh mengehadkan keupayaan mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil serta membina daya tahan kewangan dalam jangka panjang.
Segmen ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, individu daripada isi rumah berpendapatan rendah dan golongan asnaf, pelajar sekolah atau kolej yang tercicir akibat keadaan peribadi atau keluarga yang tidak dijangka, individu yang sedang beralih kerjaya, ibu tunggal dan kumpulan lain yang memerlukan sokongan kebolehpasaran pekerjaan.
Walau bagaimanapun, pemilihan segmen sasaran bagi setiap program iTEKAD Kerjaya adalah ditentukan oleh institusi kewangan yang menyertai iTEKAD bersama rakan pelaksana masing‑masing, dan oleh itu, boleh berbeza antara satu program dengan program yang lain
2. Adakah modul latihan dan peluang pekerjaan di bawah iTEKAD Kerjaya terhad kepada sektor ekonomi tertentu?
Tidak. Program iTEKAD Kerjaya terbuka kepada semua sektor ekonomi. Institusi kewangan peserta bersama rakan pelaksana diberikan fleksibiliti untuk mereka bentuk program iTEKAD Kerjaya masing‑masing berdasarkan kepakaran dan objektif program.
3. Adakah peserta dijamin pekerjaan selepas tamat latihan?
Peserta tidak dijamin pekerjaan selepas tamat latihan. Walau bagaimanapun, program ini menyediakan platform kepada peserta untuk dipertimbangkan peluang pekerjaan oleh rakan kerjasama program dan/atau syarikat berkaitan dalam rangkaian mereka. Ini tertakluk kepada komitmen dan prestasi peserta sepanjang tempoh latihan dan penilaian.
4. Apakah kelayakan yang diperlukan untuk menyertai program iTEKAD Kerjaya?
Kriteria kelayakan minimum dan pengambilan peserta adalah tertakluk kepada setiap program yang dilaksanakan oleh institusi kewangan peserta dan rakan kerjasama. Oleh itu, kriteria kelayakan mungkin berbeza antara program, bergantung kepada reka bentuk dan objektif program tersebut.
Kolaborasi
5. Saya merupakan penyedia latihan yang berminat untuk terlibat dalam program iTEKAD Kerjaya. Adakah terdapat sebarang syarat kelayakan untuk saya dipertimbangkan sebagai rakan pelaksana?
Kriteria bagi pemilihan rakan pelaksana program iTEKAD Kerjaya oleh institusi kewangan peserta berkemungkinan berbeza berdasarkan program masing-masing. Dalam menilai rakan pelaksana yang bersesuaian, institusi kewangan boleh mempertimbangkan faktor seperti rekod prestasi, kelayakan, serta pengiktirafan oleh agensi kerajaan, dalam menilai kualiti, kebolehpercayaan dan kesesuaian rakan pelaksana bagi program tersebut.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.

