Bank Pembangunan Multilateral dan Institusi Kewangan Pembangunan yang Layak

Bank pembangunan multilateral (MDB) dan institusi kewangan pembangunan bukan pemastautin yang layak (DFI) dibenarkan untuk -

  • Menerbitkan sekuriti hutang berdenominasi ringgit untuk kegunaan di Malaysia; dan

  • Menyediakan pembiayaan ringgit kepada entiti pemastautin di Malaysia.

MDB dan DFI yang layak bebas untuk menggunakan mana-mana satu fleksibiliti tersebut, iaitu menerbitkan bon/sukuk ringgit atau menyediakan pembiayaan ringgit, atau kedua-duanya berdasarkan strategi perniagaan institusi tersebut di Malaysia. Sebagai contoh, sebuah MDB boleh memilih untuk menyediakan pembiayaan ringgit kepada entiti pemastautin menggunakan sumber pembiayaannya sendiri yang mungkin dalam mata wang asing.

Penyerahan Permohonan

  • MDB tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan dan boleh menikmati fleksibiliti tersebut dengan serta-merta.

  • DFI bukan pemastautin yang berminat boleh memohon untuk menjadi DFI bukan pemastautin yang layak dengan mengemukakan borang permohonan melalui Portal FEP. Di bawah Portal FEP, kemukakan permohonan dengan menggunakan Borang Am (Form General) dan lampirkan borang permohonan yang telah lengkap diisi sebagai dokumen sokongan. Untuk sebarang panduan mengenai sistem penyerahan dalam talian, anda boleh merujuk kepada panduan pengguna.

  • Sekiranya DFI memenuhi kriteria, kelulusan sekali sahaja (one-off) akan diberikan oleh BNM dan DFI tersebut akan ditambah ke dalam senarai DFI yang layak yang akan diterbitkan di laman ini.

Maklumat Lanjut

  1. Nota Maklumat [PDF]

  2. Borang Permohonan [PDF]

  3. Notis 2 - Pinjaman, Pemberian Pinjaman dan Jaminan [PDF]

  4. Notis 5 - Sekuriti dan Instrumen Kewangan [PDF]

  5. Senarai IKP Layak [PDF, setakat 14 Julai 2026]


Bank Negara Malaysia

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?