Permohonan dan Pertanyaan

Penyerahan Permohonan dan Pertanyaan

Permohonan bagi kelulusan FEP, notifikasi dan pertanyaan boleh dikemukakan dalam talian melalui laman web ini.

  1. Borang permohonan boleh dikemukakan oleh pemohon atau oleh penghantar pihak ketiga bagi pihak pemohon. Penyerahan borang oleh penghantar pihak ketiga memerlukan pelantikan terlebih dahulu oleh pemohon yang boleh dilakukan melalui akaun berdaftar pemohon dan surat kuasa/pelantikan yang ditandatangani dengan sewajarnya perlu dilampirkan.

  2. Pertanyaan berkaitan hal ehwal dasar pertukaran asing boleh dikemukakan dalam talian melalui laman web ini. Pihak yang membuat pertanyaan dan bukan pengguna berdaftar perlu melakukan proses pendaftaran ringkas sebelum mengemukakan pertanyaan.

Klik di sini untuk meneruskan ke halaman Log Masuk (Sila baca Panduan Pengguna Borang sebelum mengemukakan permohonan).

Untuk panduan pengguna mengenai sistem penyerahan dalam talian FEP, sila rujuk dokumen-dokumen berikut:

Talian Bantuan Sistem untuk isu teknikal sahaja:

E-mel: FEPinfo@bnm.gov.my

Telefon: +603-2784 9969 / +603-2784 8536 / +603-2784 9494

Untuk pertanyaan mengenai hal ehwal dasar pertukaran asing, sila kemukakan pertanyaan anda melalui sistem pertanyaan dalam talian FEP

Nota: Penyerahan dalam talian tersedia dari jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam pada hari Ahad hingga Jumaat dan 9.00 pagi hingga 9.00 malam pada hari Sabtu.


Bank Negara Malaysia

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?