Pengenal Entiti Sah (LEI)

Pada April 2017, Jawatankuasa Pasaran Kewangan (Financial Markets Committee, FMC) bersama-sama Bank telah memulakan beberapa inisiatif untuk memperkukuh infrastruktur pasaran kewangan, khususnya dalam meningkatkan infrastruktur pelaporan maklumat dan penyelesaian bagi mempertingkatkan ketelusan serta memudahkan pengawasan dalam pasaran kewangan dalam negeri.

Ini termasuk penggunaan Pengenal Entiti Sah (Legal Entity Identifier, LEI) sebagai pengenal unik, selaras dengan amalan global serta melengkapi pelaksanaan struktur akaun sekuriti berasingan dalam sistem pembayaran bernilai besar, iaitu Sistem Pemindahan Elektronik Dana dan Sekuriti Masa Nyata (Real-time Electronic Transfer of Funds and Securities System, RENTAS).

Lampiran


Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu?