Jawatankuasa Pasaran Kewangan
Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) telah ditubuhkan pada 2016 untuk meluaskan penglibatan industri, bagi mengkaji dan merangka strategi komprehensif untuk membangunkan pasaran kewangan borong.
FMC terdiri daripada peserta / wakil daripada Bank Negara Malaysia, institusi kewangan, syarikat, penyedia perkhidmatan kewangan dan institusi atau pihak berkepentingan lain yang mempunyai peranan atau penyertaan yang menonjol dalam pasaran kewangan.
FMC juga bertujuan untuk menyediakan forum peringkat kanan untuk peserta pasaran bertemu secara berkala bagi membincangkan perkara dan isu-isu yang berpotensi dan risiko yang berkaitan dengan pembangunan pasaran kewangan Malaysia, yang perlu memenuhi permintaan yang pelbagai dan kompleks daripada ekonomi yang lebih maju dan saling berhubungkait di peringkat global.
Mandat FMC
Untuk mengenal pasti dan menilai perkembangan dan isu semasa dan berpotensi, arah aliran struktur dan risiko yang menjejaskan pasaran kewangan Malaysia.
Untuk mengesyorkan strategi dan pelan tindakan yang sesuai untuk membangunkan pasaran kewangan Malaysia.
Untuk menggalakkan amalan terbaik pasaran dan menyumbang ke arah meningkatkan integriti dan profesionalisme pasaran.
Ahli Jawatankuasa
Ahli Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC)
2026 - 2027
Adnan Zaylani Mohamad Zahid, Deputy Governor, Bank Negara Malaysia
Mohamad Ali Iqbal Abdul Khalid, Assistant Governor, Bank Negara Malaysia
Shahrul Amry Abdul Malek, Director of Market Development, Securities Commission
Alvin Kong, Managing Director, Head of Markets and Securities Services, HSBC Bank Malaysia Berhad
Chu Kok Wei, Chief Executive Officer, Group Wholesale Banking and Corporate Treasurer, CIMB Group
Doris Tay, Managing Director, Panasonic Financial Centre Bhd
Hanif Ghulam, Chief Executive Officer, Affin Hwang Investment Bank Berhad
Datuk Jamzidi Khalid, Managing Director, Wholesale Banking, AmBank Group
Jeffrey Wong, Head of Markets Malaysia and Macro Trading ASEAN, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
Kuldeep Singh, Treasurer, Hong Leong Bank
Md Farid Kairi, Deputy CEO, Group Global Banking and Managing Director, Global Markets, Malayan Banking Berhad
Nik Azhar Abdullah, Managing Director, Head of Global Markets, MUFG Bank (Malaysia) Berhad
Datin Nor Hanifah Hashim, CEO, Head of Malaysia/Head Malaysia, Fixed Income & Sukuk Franklin Templeton GSC Asset Management Sdn Bhd
Shahrul Azman bin Mohd Mokhtar, Vice President & Group Treasurer, FGV Holdings Berhad
Wong Siew Lin, Chief Investment Officer, Allianz Malaysia Berhad
Ahli Jawatankuasa Kecil mengenai Pasaran Bon
2025 - 2026
Mohamad Ali Iqbal Abdul Khalid, Assistant Governor, Bank Negara Malaysia
Chu Kok Wei, Chief Executive Officer, Group Wholesale Banking and Corporate Treasurer, CIMB Group
Alvin Kong, Managing Director, Head of Markets and Securities Services, HSBC Bank Malaysia Berhad
Delvin Chong, Senior Vice President, Treasury & Markets, Cagamas Berhad
Jamzidi Khalid, Managing Director, Wholesale Banking, AmBank Group
Mohamed Khabir Reeza Mustaffa, Director of Fixed Income, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Robbie Ng, Co-Head of Treasury, Executive Director, JP Morgan Chase
Wong Siew Lin, Chief Investment Officer, Allianz Malaysia Berhad
Ahli Jawatankuasa Kecil mengenai Pasaran Kewangan Islam (IFMC)
2025 - 2026
Nurashiqin Asri, Director, Bank Negara Malaysia
Suzaizi Mohd Morshid, Group Treasurer, RHB
Naimi Shuib, Deputy Director, Bank Negara Malaysia
Bilal Mohd Parid, Manager, Bank Negara Malaysia
Jaafar Rihan, Head of Islamic, Labuan Offshore Financial Services Authority (LOFSA)
Raja Amir Shah Raja Azwa, CEO, HSBC Amanah
Azdini Nor Azman, Director, Treasury and Markets, Bank Islam Malaysia Berhad
Khairul Faizi Ariffin, Group Treasurer, Maybank
Mohd Amirul Lajim, Treasurer, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Nik Azhar Abdullah, Managing Director, Head of Global Markets, MUFG Bank (Malaysia) Berhad
Raiyana Abdul, Associate Director, Global Markets, Maybank Islamic
Rashdan Abd Aziz, Treasurer, CIMB Islamic Bank
Soalan Lazim
Mengapa Bank Negara Malaysia (BNM) menubuhkan FMC?
FMC ialah platform penglibatan dengan industri pasaran kewangan dan peserta untuk membincangkan dan menilai arah aliran, isu dan membangunkan idea dan cadangan mengenai bidang yang berkaitan dengan pembangunan pasaran kewangan. Mandat khusus FMC adalah seperti berikut:
Untuk mengenal pasti dan menilai perkembangan dan isu semasa dan berpotensi, arah aliran struktur dan risiko yang mempengaruhi pasaran kewangan Malaysia
Untuk merangka cadangan dasar dan pelan tindakan untuk membangunkan pasaran kewangan Malaysia untuk dipertimbangkan oleh pihak berkepentingan dan badan kawal selia
Untuk menggalakkan amalan terbaik pasaran dan menyumbang ke arah meningkatkan integriti dan profesionalisme pasaran.
Apakah skop FMC?
FMC merangkumi semua aspek pasaran kewangan di bawah bidang kuasa BNM – pasaran pertukaran asing, wang, bon kerajaan dan derivatif di mana asasnya adalah berdasarkan pertukaran asing dan kadar faedah. Pada peringkat makro, FMC akan melihat ke dalam bidang seperti peserta, produk/instrumen, kecairan, infrastruktur, pengawasan, peraturan dan kawal selia, ketelusan pasaran, bakat dan pendidikan.
Pada masa ini, pasaran kewangan Islam dan bon merupakan dua bidang keutamaan bagi FMC berdasarkan maklum balas daripada ahli dan oleh itu dua jawatankuasa kecil, iaitu Jawatankuasa Kecil Pasaran Kewangan Islam dan Jawatankuasa Kecil Pasaran Bon, telah dibentuk untuk melihat bidang ini dengan lebih terperinci. Jawatankuasa kecil lain boleh dipertimbangkan dan dibubarkan apabila perlu. Contohnya sebelum ini, Jawatankuasa kecil pasaran FX pernah ditubuhkan untuk mengkaji pembangunan pasaran pertukaran asing.
Siapakah ahli jawatankuasa?
Selain BNM, ahli jawatankuasa adalah daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan persatuan industri yang berkaitan, seperti Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia (FMAM), Persatuan Bendahari Korporat Malaysia (MACT), Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), dan Persatuan Pengurus Aset Malaysia (MAAM), yang mempunyai peranan atau penyertaan yang menonjol dalam pasaran kewangan Malaysia.
Siapa di BNM yang terlibat?
Wakil daripada pelbagai jabatan dalam BNM terlibat dalam FMC dan juga jawatankuasa kecil. Specifically, they are from Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan (JOPPK), Jabatan Pembangunan Sektor Kewangan (JPSK) and Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing (JPPA), assisted by Jabatan Komunikasi Strategik (JKK) for communication purpose. Ini mungkin termasuk jabatan lain yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan pada mesyuarat FMC.
Apakah isu yang dibincangkan?
Sila rujuk halaman Ringkasan Mesyuarat FMC untuk mendapatkan ringkasan isu yang dibincangkan dalam mesyuarat.
Siapa yang harus saya hubungi jika saya mempunyai sebarang komen atau maklum balas yang berkaitan dengan FMC?
Komen dan maklum balas daripada orang ramai adalah dialu-alukan dan boleh dimajukan kepada jawatankuasa melalui e-mel: fmc@bnm.gov.my.
Soalan Lazim tentang Inisiatif Kewangan untuk Membangunkan Pasaran Kewangan Tempatan
Borang Penyertaan Pasaran Hadapan – Pelabur Institusi
Borang Penyertaan Pasaran Hadapan - Bank Amanah dan Penjaga Global
Dasar Dokumen mengenai Jualan Pendek Terkawal Sekuriti dalam Pasaran Wang Borong
Soalan Lazim tentang Program Lindung Nilai Dinamik untuk Pelabur Institusi
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.