Amaran Scam SMS dan Laman Web Palsu Melibatkan Nama BNM

29 Mei 2017 Notis Umum

BNM maklum tentang SMS yang mendakwa ianya daripada BNM, yang mengarahkan penerima ke laman web yang meminta maklumat peribadi.

BNM tidak menghantar sebarang SMS daripada 15888 (atau mana-mana pembekal perkhidmatan lain) yang mengatakan "Caj RM0.50 BNM, Bank beri 3% subsidi. http://www.mybnm.net/".

Pautan tersebut membuka kepada tapak web palsu yang meminta anda mengemas kini/mengesahkan identiti atau kelayakan perbankan anda.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghiraukan mesej sebegitu atau seumpamanya. Ini adalah untuk melindungi mereka daripada menjadi mangsa pancingan data, kecurian identiti atau perisian hasad berniat jahat.

BNM tidak akan sekali-kali meminta maklumat peribadi atau penjelasan melalui SMS, panggilan telefon, e-mel, media sosial atau mana-mana aplikasi mesej.

Orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi BNMTELELINK di 1300-88-5465 atau Borang telelink.bnm.gov.my untuk melaporkan atau bertanya tentang mesej teks yang mencurigakan, e-mel atau SMS yang diterima yang berkaitan dengan BNM.

Sentiasa berhati-hati untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.


Bank Negara Malaysia
29 Mei 2017

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?