Bank-bank Pusat Malaysia, Indonesia dan Thailand Melantik Lebih Banyak Bank yang Layak untuk Menyertai Rangka Kerja Transaksi Mata Wang Tempatan

05 Ogo 2025 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Indonesia (BI) dan Bank of Thailand (BOT) mengumumkan pelantikan lebih banyak bank perdagangan yang layak untuk mengoperasikan Rangka Kerja Transaksi Mata Wang Tempatan (Local Currency Transaction Framework, LCTF). Bank-bank yang layak ini, yang dikenali sebagai Appointed Cross-Currency Dealers (ACCD), akan memudahkan penyelesaian perdagangan dan pelaburan rentas sempadan antara ketiga-tiga negara. Inisiatif ini merupakan susulan kepada beberapa penambahbaikan LCTF yang diumumkan pada 17 Februari 2025.

Rangkaian ACCD yang diperluas ini akan memperkukuh capaian kepada pelanggan, meningkatkan akses pasaran kepada mudah tunai mata wang tempatan serta memberikan pilihan yang lebih baik kepada perniagaan untuk melakukan transaksi rentas sempadan antara Malaysia, Indonesia dan Thailand.

BNM, BI dan BOT akan terus menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan melalui kerjasama kewangan yang lebih erat menerusi LCTF ini.

Bank-bank yang baru dilantik disenaraikan di bawah:

LCTF MYR-IDR

Institusi Perbankan Malaysia

  1. AmBank (M) Berhad
  2. Bank of China (Malaysia) Berhad
  3. OCBC Bank Malaysia Berhad
  4. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  5. Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad

Institusi Perbankan Indonesia

  1. PT Bank Danamon Indonesia Tbk
  2. PT Bank OCBC NISP Tbk
  3. PT Bank Pembangunan Daerah Jawa Timur Tbk
  4. Bank of China (Hong Kong) Limited Jakarta Branch

LCTF MYR-THB

Institusi Perbankan Malaysia

  1. AmBank (M) Berhad
  2. Bank of China (Malaysia) Berhad
  3. Hong Leong Bank Berhad
  4. OCBC Bank Malaysia Berhad
  5. Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad

Institusi Perbankan Thailand

  1. Bank of China (Thai) Public Company Limited

LCTF IDR-THB

Institusi Perbankan Indonesia

  1. PT Bank OCBC NISP Tbk
  2. Bank of China (Hong Kong) Limited Jakarta Branch

Institusi Perbankan Thailand

  1. Bank of China (Thai) Public Company Limited

Senarai lengkap ACCD yang dilantik bawah LCTF MYR-IDR dan MYR-THB adalah seperti yang berikut: /accds-list-bm

Bank Negara Malaysia
Bank Indonesia
Bank of Thailand

5 Ogos 2025


Bank Negara Malaysia
05 Ogos 2025

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?