Bank Negara Malaysia akan Mengendalikan Penempaan Duit Syiling
Embargo: Untuk siaran segera
28 Nov 2007
Siaran Akhbar
Bank Negara Malaysia memaklumkan bahawa bagi melaksanakan tanggungjawab berkanunnya sebagai satu-satunya pengeluar mata wang untuk Malaysia, ia akan mengendalikan penempaan duit syiling bagi semua denominasi dalam edaran. Bank Negara Malaysia akan terus memastikan bekalan duit syiling yang mencukupi pada setiap masa bagi memenuhi permintaan peniaga dan orang ramai.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!