Bank Negara Malaysia Anugerah Empat Lesen Takaful Baru
Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa ia telah meluluskan pengeluaran empat lesen takaful baru kepada konsortium dan usaha sama berikut:
- HSBC Insurance (Asia-Pacific) Holdings Limited, Jerneh Asia Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
- Hong Leong Bank, Millea Asia (Japan) Pte. Ltd., dan Hong Leong Assurance;
- Bank Simpanan Nasional dan Prudential Holdings Limited; dan
- MAA Holdings Berhad dan Solidarity Co., Bahrain.
Ini adalah susulan kepada pengumuman yang dibuat pada bulan Mei 2005 tentang pengeluaran sehingga empat lesen takaful baru kepada pemohon yang layak. Selaras dengan dasar pemegangan saham sekarang, pengendali takaful yang baru tersebut dibenarkan mempunyai kepentingan ekuiti asing sehingga 49%.
Pengeluaran lesen-lesen terbaru ini akan menambahkan jumlah pengendali takaful di Malaysia kepada sembilan, tambahan kepada lima pengendali takaful sedia ada, iaitu Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Takaful Nasional Sdn. Bhd., Maybank Takaful Berhad, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. dan Commerce Takaful Berhad.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.