Bank Negara Malaysia dan Central Bank of Myanmar Menandatangani MoU Pembangunan Ekonomi dan Kewangan Serantau
Bank Negara Malaysia dan Central Bank of Myanmar hari ini menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. MoU ini bertujuan mewujudkan rangka kerja kolaborasi untuk menggalakkan integrasi ekonomi dan kewangan serantau yang lebih kukuh. MoU ini akan terus mengeratkan kerjasama ekonomi dan menjana kemakmuran ekonomi untuk kedua-dua buah negara.
MoU ini juga bertujuan mewujudkan rangka kerja kerjasama dalam bina upaya dan pembangunan modal insan dengan sokongan Program Kerjasama Teknikal Malaysia oleh Kerajaan Malaysia.
MoU ini telah ditandatangani oleh Encik U Than Nyein, Gabenor Central Bank of Myanmar dan Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.