Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia Menandatangani Memorandum Persefahaman untuk Memperkukuh Kerjasama Mengenai Perkongsian Data dan Bidang Lain
Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang baharu. MoU ini ditandatangani oleh Gabenor Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dan Ketua Perangkawan Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin.
MoU baharu ini mengukuhkan MoU antara agensi yang sebelum ini ditandatangani pada tahun 2008 dengan mempertingkatkan lagi skop perkongsian dan penggunaan data untuk tujuan pemantauan, analisis, dan perumusan dasar. MoU ini juga menggariskan bidang strategik baharu antara kedua-dua agensi seperti penyelidikan dan pembangunan, perundingan teknikal dan khidmat nasihat serta latihan dan pembinaan kapasiti.
Kerjasama ini dijangka menyokong pembangunan pakar bidang di kedua-dua agensi bagi memenuhi keperluan data semasa dan akan datang dengan menerima pakai teknik statistik yang terkini, penerapan sains data dan analitik serta pendekatan inovatif lain.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.