Bank Negara Malaysia dan People's Bank of China Menandatangani Memorandum Persefahaman Mengenai Pengaturan Penjelasan Renminbi di Malaysia
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan hari ini Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan People's Bank of China (PBC) mengenai pengaturan penjelasan RMB di Malaysia. Dalam MoU itu, kedua-dua bank pusat bersetuju untuk menyelaras dan bekerjasama dalam penyeliaan dan pengawasan urus niaga RMB, pertukaran maklumat, dan membantu menambah baik serta membangunkan pengaturan itu secara berterusan.
MoU ini menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha bersama yang berterusan untuk membina keupayaan sistem kewangan Malaysia bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik sejajar dengan perdagangan dua hala, pelaburan dan aliran kewangan yang semakin meningkat antara Republik Rakyat China dengan Malaysia. Dalam usaha menyokong ekonomi benar, kami menyedari bahawa penubuhan sebuah bank penjelasan RMB ini merupakan prasyarat penting bagi pengumpulan mudah tunai RMB dalam sistem kewangan Malaysia. Ini bagi membolehkan institusi kewangan mencapai ekonomi ikut bidangan bagi menawarkan produk pembiayaan RMB yang kompetitif untuk memenuhi permintaan perniagaan dan individu di Malaysia dan juga ASEAN.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.