Bank Negara Malaysia dan Persatuan bagi Rangkuman Kewangan (Alliance of Financial Inclusion, AFI) Menandatangani Surat Kerjasama bagi Pembinaan Kapasiti

Embargo: Untuk siaran segera
30 Ogo 2013 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia dan Persatuan bagi Rangkuman Kewangan (Alliance of Financial Inclusion, AFI) hari ini menandatangani  Surat Kerjasama bagi Pembinaan Kapasiti di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, untuk merumuskan satu rangka kerja usaha sama bagi pembinaan kapasiti khusus untuk penggubal dasar dan pengawal selia di seluruh dunia.
 
Di bawah inisiatif ini, Bank Negara Malaysia dan AFI  akan bersama-sama merumuskan dan melaksanakan program pembinaan kapasiti berstruktur dalam bidang dasar yang berkenaan bagi mempergiat usaha-usaha untuk memperkukuh rangkuman kewangan melalui 108 institusi anggota Rangkaian AFI.
 
Surat Kerjasama ini telah ditandatangani oleh Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia dan Dr. Alfred Hannig, Pengarah Eksekutif, Alliance for Financial Inclusion (AFI).

Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia
dan Dr. Alfred Hannig, Pengarah Eksekutif,
Alliance for Financial Inclusion (AFI)
menandatangani Surat Kerjasama bagi pembinaan kapasiti.

 


 

Maklumat Ringkas Mengenai Persatuan bagi Rangkuman Kewangan(Alliance for Financial Inclusion, AFI)
 
Persatuan bagi Rangkuman Kewangan (Alliance for Financial Inclusion, AFI) merupakan rangkaian penggubal dasar global dari negara sedang membangun dan negara sedang pesat membangun yang bekerjasama untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kewangan yang wajar bagi golongan miskin. AFI, yang dianggotai oleh 108 institusi dari 89 buah negara, memudahkan perkongsian maklumat dalam kalangan anggotanya untuk mempercepat penerapan penyelesaian dasar rangkuman kewangan yang berkesan dan inovatif.


Bank Negara Malaysia
30 Ogos 2013

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?