Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Mengalu-alukan Pengumuman oleh People’s Bank of China Untuk Memberikan Kuota Renminbi kepada Pelabur Institusi Asing yang Layak (RQFII) kepada Malaysia
Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengalu-alukan pengumuman oleh People’s Bank of China hari ini untuk meluaskan program RQFII (Renminbi Qualified Foreign Institutional Investor) kepada Malaysia dengan memberikan kuota agregat sebanyak RMB50 bilion. Ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha Malaysia memperluas kerjasama dengan China, dan akan melengkapkan pengaturan bank penjelasan renminbi di Malaysia. Inisiatif-inisiatif ini secara bersama akan menyokong aliran perdagangan, pelaburan dan kewangan yang semakin meningkat antara China dengan Malaysia serta meletakkan Malaysia sebagai sebuah lagi pusat renminbi luar pesisir di rantau ini.
Dengan adanya rangka kerja ini, institusi Malaysia yang layak akan boleh menggembleng dana renminbi luar pesisir untuk mendapat dedahan langsung kepada pasaran kewangan China dan menyumbang kepada pembangunan pasaran renminbi di Malaysia. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan terus bekerjasama dengan China Securities Regulatory Commission untuk melaksanakan program RQFII
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.