Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Menyiasat Bestino Group Berhad dan Syarikat Berkaitannya
Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah memulakan siasatan terhadap Bestino Group Berhad dan syarikat berkaitannya kerana disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit secara haram dan menawarkan skim pelaburan secara haram yang melanggar subseksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan juga menawarkan langganan atau pembelian syer keutamaan yang melanggar seksyen 212(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Serbuan terhadap Bestino Group Berhad dan syarikat berkaitannya telah dibuat hari ini di premis-premis syarikat di Ipoh, Perak dan Petaling Jaya, Selangor berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai.
Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pengambilan deposit dan skim pelaburan yang ditawarkan melalui pelbagai saluran seperti Internet, panggilan telefon atau seminar anjuran individu atau syarikat yang tidak diberikan lesen, diluluskan atau dibenarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
Orang ramai boleh merujuk kepada senarai institusi berlesen yang dibenarkan untuk mengambil deposit di laman sesawang Bank Negara Malaysia ( www.bnm.gov.my ) dan senarai pengantara berlesen yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti yang dikawal selia, di laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ( www.sc.com.my ).
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di pusat perhubungan berikut:-
Bank Negara Malaysia
BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel: 1 -300-88-5465
Faks: 03-21741515
E-mel: [email protected]
BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Blok D, Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato' Onn,
50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9.00 pagi - 5.00 petang)
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Jabatan Hal Ehwal Pelabur dan Pengaduan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
3, Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur
Talian Am: 603-6204 8000
Tel: 603-6204 8999/8777
Faks: 603-6204 8991
E-mel: [email protected]
Bank Negara Malaysia
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
16 Jun 2009
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.