Bank Negara Malaysia Melantik Puan Norzila Abdul Aziz sebagai Penolong Gabenor

Bank Negara Malaysia mengumumkan pelantikan Puan Norzila Abdul Aziz ke jawatan Penolong Gabenor berkuat kuasa 1 November 2009. Sebagai Penolong Gabenor, Puan Norzila akan bertanggungjawab terhadap Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan dan Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing.
Sebelum pelantikan beliau sebagai Penolong Gabenor, Puan Norzila merupakan Pengarah Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan, jawatan yang beliau pegang sejak tahun 2006. Puan Norzila memulakan kerjayanya di Bank Negara Malaysia pada tahun 1986 dan pernah berkhidmat di Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan di Pejabat Perwakilan Bank Negara Malaysia London. Puan Norzila mempunyai ijazah dalam bidang Perniagaan daripada Universiti Curtin, Australia dan beliau merupakan ahli Australian Society of Accountants.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.