Bank Negara Malaysia Membatalkan 19 Lesen Pengurup Wang

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1830 pada Jumaat, 17 April 2009
17 Apr 2009 Siaran Akhbar

Berkuat kuasa serta merta, Bank Negara Malaysia telah membatalkan lesen pengurup wang bagi syarikat-syarikat berikut:

  1. KL Resources Sdn. Bhd.
  2. Ashraf Ali Sdn. Bhd.
  3. Thaj Trading Sdn. Bhd.
  4. Jenama Sakti Sdn. Bhd.
  5. Billion Fairview Sdn. Bhd.
  6. Budget Holiday Sdn. Bhd.
  7. Dataniche Sdn. Bhd.
  8. Falcon Travel Service (M) Sdn. Bhd.
  9. Fiscal Transit Sdn. Bhd.
  10. Foreign Saga Sdn. Bhd.
  11. Gess Sdn. Bhd.
  12. Kemudi Ikatan Sdn. Bhd.
  13. Naqia Premier Sdn. Bhd.
  14. Relayan Jaya Sdn. Bhd.
  15. Rezeki Lumayan Sdn. Bhd.
  16. S.E.J Trading Sdn. Bhd.
  17. Tunjang Lima Sdn. Bhd.
  18. Unibeam Sdn. Bhd.
  19. Wirama Alam Sdn. Bhd.

Lesen-lesen tersebut telah dibatalkan di bawah Akta Pengurup Wang, 1998.

Orang ramai dinasihati supaya tidak menjalankan transaksi pengurupan wang dengan syarikat-syarikat tersebut memandangkan syarikat-syarikat berkenaan tidak lagi mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan tersebut di Malaysia.

Senarai pengurup wang berlesen boleh didapati di laman web Bank Negara Malaysia ( www.bnm.gov.my ).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di pusat hubungan berikut:

Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK)
(Pusat Perkhidmatan bagi Pengunjung)
Tingkat Bawah, Blok D
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur

BNMTELELINK (Pusat Hubungan Khidmat Pelanggan)
1-300-88-5465 atau
E-mel: [email protected]

 


Bank Negara Malaysia
17 April 2009

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?