Bank Negara Malaysia Menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Pusat Kewangan Qatar dan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Dubai

27 Mac 2007 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia menandatangani Memorandum Persehaman (MoU) masing-masing dengan Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Pusat Kewangan Qatar (QFCRA) dan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Dubai (DFSA) hari ini.

Bank Negara Malaysia diwakili oleh Timbalan Gabenor, Datuk Zamani Abdul Ghani, sementara QFCRA dan DFSA masing-masing diwakili oleh Ketua Pengawai Eksekutif, Mr. Phillip Thorpe dan Mr. David Knott.

MOU dengan QFCRA dan DFSA merupakan sebahagian daripada inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia bagi mewujudkan hubungan kerjasama dengan rakan strategik utama ke arah membangunkan kewangan Islam dalam bidang-bidang berikut:

  • Kerjasama dalam bina upaya dan pembangunan modal insan dalam kewangan Islam
  • Saling bekerjasama dalam pembangunan kewangan Islam antarabangsa
  • Pengharmonian Syariah dan inisiatif penggalakan strategik

Rakan kongsi pintar antara Asia Timur dengan Asia Barat ini akan saling mengeratkan hubungan antara pusat kewangan Islam dan memperkukuh aliran perdagangan dan pelaburan antara rantau.


Bank Negara Malaysia
27 Mac 2007

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?