Bank Negara Malaysia Mencari Seorang Rakyat India

Embargo: Untuk siaran segera
10 Okt 2006 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mencari seorang rakyat India , Seik Ismail Farook [Nombor Pasport: B5947311] untuk membantu dalam siasatan berhubung dengan aktiviti pengurupan wang haram mengikut Akta Pengurupan Wang 1998. Alamat terakhirnya ialah di Blok B, Tingkat 8, No. 1, City One Condominium, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur. Seik Ismail Farook pernah bekerja di syarikat Rezeki Makro Sdn. Bhd. Alamat terakhir syarikat ini ialah di No. 5, Jalan Hilir 1, Taman Sri Angsana Hilir, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Sesiapa yang mempunyai maklumat atau mengetahui di mana Seik Ismail Farook berada diminta menghubungi Bank Negara Malaysia di talian 03-26926482 / 26910824 / 26915090 atau membuat laporan di mana-mana balai polis yang berhampiran. Sila rujuk lampiran untuk gambar Seik Ismail Farook.


Bank Negara Malaysia
10 Oktober 2006

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?