Bank Negara Malaysia Mencari Seorang Rakyat India
Bank Negara Malaysia ingin menghubungi seorang rakyat India, Seik Ismail Farook [Nombor Pasport: B5947311] untuk membantu dalam siasatan berhubung aktiviti pengurupan wang haram mengikut Akta Pengurupan Wang 1998. Alamat terakhirnya ialah di Blok B, Tingkat 8, No. 1, City One Condominium, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur. Seik Ismail Farook pernah bekerja di syarikat Rezeki Makro Sdn. Bhd. Alamat terakhir syarikat ini ialah di No. 5, Jalan Hilir 1, Taman Sri Angsana Hilir, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Sehubungan dengan itu, Bank Negara Malaysia meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui di mana Seik Ismail Farook berada supaya menghubungi Bank Negara Malaysia di talian 03-26926482 / 26910824 / 26915090 atau membuat laporan di mana-mana balai polis yang berhampiran.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.