Bank Negara Malaysia Menganjurkan Anugerah Seni BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) menjemput pengkarya-pengkarya muda dan berbakat untuk menyertai Anugerah Seni BNM 2004.
Pertandingan seni ini, yang bertemakan ‘Keindahan Malaysia’ bertujuan untuk memberi galakan, sokongan dan pengiktirafan kepada pengkarya-pengkarya muda dan berpotensi, yang berperanan besar dalam membantu perkembangan seni kontemporari tanah air. Pertandingan ini dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia.
Pemenang akan menerima Anugerah Seni BNM, yang merupakan RM12,000 tunai, sebuah trofi dan sijil. Pemenang kedua akan menerima hadiah RM8,000 tunai, sebuah trofi dan sijil; dan pemenang ketiga akan menerima RM6,000 tunai, sebuah trofi dan sijil. Bank Negara Malaysia juga menawarkan tujuh hadiah penghargaan yang merupakan RM3,000 tunai, sebuah trofi dan sijil setiap satu.
Anugerah Seni BNM adalah sebahagian dari usaha berterusan Bank Negara Malaysia untuk membantu memupuk dan menggalakan perkembangan seni negara. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berusia sekurang-kurangnya 20 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2004. Penyertaan mestilah dalam bentuk seni catan dan pengunaan media adalah bebas.
Terma dan syarat-syarat pertandingan dinyatakan didalam borang penyertaan, yang boleh didapati dari kaunter Muzium Matawang, Bank Negara Malaysia, Blok A, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur. Borang tersebut juga boleh didapati dari laman web Muzium Matawang Bank Negara Malaysia http://moneymuseum.bnm.gov.my.
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 Oktober 2004. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi urusetia ditalian 03-26988044 samb. 7936 atau 03-26907505.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.