Bank Negara Malaysia Mengumumkan Pelantikan Penolong Gabenor Baharu dan Peminjaman Penolong Gabenor ke Tabung Kewangan Antarabangsa
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelantikan Encik Mohd. Adhari bin Belal Din sebagai Penolong Gabenor berkuat kuasa 1 Mei 2015. Sebagai Penolong Gabenor, Encik Mohd. Adhari akan bertanggungjawab terhadap Jabatan Pengurusan Strategik, Pusat Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan IT dan Jabatan Modal Insan Strategik. Beliau juga akan terus memegang jawatan Pengarah Jabatan Modal Insan Strategik.
Sebelum dilantik sebagai Penolong Gabenor, Encik Mohd. Adhari memegang jawatan Pengarah Jabatan Modal Insan Strategik serta Jabatan Pengurusan Strategik dan Jabatan Pengurusan Risiko. Sebelum memulakan kerjayanya di Bank Negara Malaysia, Encik Mohd. Adhari merupakan Perunding Pengurusan Hay Group. Encik Mohd. Adhari memperoleh ijazah Bachelor of Arts in Psychology and Organisational Studies daripada University of Michigan, Ann Arbor, Amerika Syarikat.
Bank Negara Malaysia juga ingin mengumumkan bahawa Encik Marzunisham bin Omar, Penolong Gabenor yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Ekonomi, Jabatan Dasar Monetari, Jabatan Antarabangsa dan Jabatan Perkhidmatan Statistik, akan dipinjamkan ke Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF) sebagai Pengarah Eksekutif untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Mei 2015. Susulan itu, Encik Shaik Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour, Penolong Gabenor, akan bertanggungjawab terhadap portfolio tersebut berkuat kuasa 1 Mei 2015.

Penolong Gabenor Encik Mohd. Adhari Belal Din

Penolong Gabenor Encik Marzunisham bin Omar

Assistant Governor Encik Abdul Rasheed Ghaffour
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.