Berhati-hati dengan E-mel Palsu Menggunakan Nama Gabenor Bank Negara Malaysia

29 Jan 2017 Notis Umum

Bank Negara Malaysia ingin memberi amaran kepada orang ramai mengenai e-mel palsu yang kononnya menggunakan nama Gabenor Muhammad Ibrahim sebagai penghantar.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengabaikan e-mel ini dan mengelak daripada memberikan maklumat peribadi mereka sebagai tindak balas kepada mana-mana komunikasi ini.

Bank Negara Malaysia tidak akan sekali-kali meminta maklumat peribadi melalui panggilan telefon, SMS atau e-mel.


Bank Negara Malaysia
29 Januari 2017

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?