Berhati-hati dengan e-mel palsu yang menggunakan nama Bank Negara Malaysia

29 Okt 2016 Notis Umum

Bank Negara Malaysia ingin memberi amaran kepada orang ramai mengenai e-mel palsu menggunakan nama Bank Negara Malaysia yang memerlukan penerima mengikuti pautan ke laman web palsu. Orang ramai diingatkan untuk mengabaikan e-mel tersebut dan mengelak daripada memberikan maklumat perbankan peribadi kepada sesiapa dalam apa jua keadaan.

Institusi kewangan termasuk pengeluar kad kredit dan Bank Negara Malaysia dan semua institusi perbankan tidak akan sekali-kali meminta maklumat perbankan peribadi apabila menghubungi pelanggan, sama ada melalui panggilan telefon, SMS atau e-mel.


Bank Negara Malaysia
29 Oktober 2016

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?