Berhati-hati dengan E-mel Spam Bertajuk "Pemberitahuan Penglibatan Pengubahan Wang Haram"
Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberi amaran kepada institusi kewangan, syarikat, agensi kerajaan dan orang awam berhubung dengan e-mel spam bertajuk “Pemberitahuan Penglibatan Pengubahan Wang Haram” kononnya dihantar oleh Bank Negara Malaysia.
BNM ingin menyatakan bahawa ia tidak menghantar e-mel sedemikian kepada mana-mana individu atau institusi.
Ini ialah e-mel spam yang dihantar daripada pengirim tidak dikenali yang cuba menyamar sebagai kakitangan BNM menggunakan identiti daripada domain e-mel BNM.
Institusi kewangan, syarikat dan orang awam yang menerima e-mel spam ini dinasihatkan JANGAN membuka lampiran dalam e-mel spam atau membalas atau memajukannya kepada sesiapa sahaja.
Sesiapa sahaja yang menerima e-mel dinasihatkan untuk MEMADAMNYA dengan serta-merta dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengalih keluar atau menyekat pengirim yang tidak diketahui itu daripada sistem e-mel korporat atau peti e-mel mereka.
Langkah berjaga-jaga adalah seperti berikut:
-
Aktifkan kawalan penapisan keselamatan (spam) e-mel untuk menyekat e-mel sedemikian daripada individu yang tidak dikenali atau akaun e-mel palsu; dan
-
Institusi dan syarikat untuk memaklumkan penerima e-mel yang berkaitan dalam organisasi mereka tentang e-mel spam ini yang kononnya dihantar oleh penipu yang menyamar sebagai pegawai BNM.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi Bank Negara Malaysia di:
Telefon : 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
Faks : 03-2174 1515
SMS ke 15888 : BNM TANYA [laporan / pertanyaan anda]
E-mel : [email protected]
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.