Berhati-hati dengan Panggilan Palsu daripada Orang yang Menyamar sebagai Pegawai BNM

29 Mac 2014 Notis Umum
JANGAN JADI MANGSA!

Berhati-hati dengan penipuan kewangan melalui panggilan telefon, SMS dan e-mel daripada orang yang mendakwa sebagai pegawai Bank Negara Malaysia atau agensi penguatkuasaan lain.

Bank Negara Malaysia tidak akan sekali-kali meminta individu memindahkan wang untuk disimpan

Kekal Berwaspada!

JANGAN DEDAHKAN maklumat kewangan peribadi anda kepada mana-mana pihak yang mencurigakan.

Jangan tertipu untuk memindahkan wang ke akaun pihak ketiga yang tidak diketahui.

Sila semak dengan bank pada akaun pihak ketiga yang tidak diketahui.

Jika anda menerima sebarang panggilan telefon, SMS atau e-mel yang tidak diminta, lindungi diri anda dengan tidak membalas sebarang hubungan yang tidak diminta itu.

Sila dapatkan pengesahan di Pusat Perhubungan Bank Negara Malaysia (BNMTELELINK) di 1-300-88-5465.


Bank Negara Malaysia
29 Mac 2014

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?