Berhati-hati dengan Penipuan Panggilan Telefon, E-mel atau SMS Meminta Maklumat Perbankan Peribadi
Orang ramai diingatkan supaya tidak mendedahkan nombor pengenalan peribadi (PIN) dan kata laluan mereka kepada pihak ketiga dalam apa jua keadaan. Bank Negara Malaysia dan bank perdagangan TIDAK PERNAH meminta maklumat perbankan peribadi atau pengesahan transaksi kad kredit melalui panggilan telefon, e-mel atau SMS.
Orang ramai yang menerima permintaan sedemikian dinasihatkan supaya tidak menjawab dan menghubungi bank masing-masing dengan segera untuk mendapatkan penjelasan. Maklumat lanjut mengenai skim kewangan haram boleh diperolehi daripada tapak Amaran Penipuan Kewangan di http://fraudalert .bnm.gov.my
Untuk pertanyaan atau nasihat lanjut, orang ramai boleh menghubungi atau melawat Bank Negara Malaysia di:
- BNMTELELINK (Pusat Panggilan Perkhidmatan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faks: 03-2174 1515
E-mel: [email protected]
(Waktu perniagaan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)
- Untuk menyerahkan pertanyaan melalui perkhidmatan SMS, taip:
BNM TANYA [pertanyaan/aduan anda]
dan hantar ke 15888
(Pengirim akan dikenakan bayaran RM0.15 untuk menghantar mesej dan RM0.20 untuk menerima mesej oleh pembekal perkhidmatan telekomunikasi)
- BNMLINK (Pusat Walk-In Khidmat Pelanggan)
Bank Negara Malaysia,
Tingkat Bawah, Blok D
Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur
(Waktu perniagaan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.