Berwaspada dengan Panggilan Palsu daripada Mereka yang Mendakwa sebagai Pegawai Bank Negara Malaysia

Embargo: Untuk siaran segera
19 Mac 2014 Notis Umum

JANGAN JADI MANGSA!

Berwaspada dengan penipuan kewangan melalui panggilan telefon, SMS dan e-mel daripada mereka yang mendakwa sebagai pegawai Bank Negara Malaysia atau agensi penguatkuasaan lain.

Bank Negara Malaysia TIDAK AKAN meminta anda membuat sebarang pemindahan wang untuk disimpan dengan selamat.

Sentiasa Berwaspada!

JANGAN DEDAHKAN maklumat kewangan peribadi anda kepada sesiapa.

Jangan tertipu dan membuat pemindahan wang ke akaun pihak yang tidak dikenali.

Semak dengan bank mengenai akaun pihak ketiga yang tidak dikenali.

Jangan melayan sebarang panggilan telefon, SMS atau e-mel yang tidak diundang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Perhubungan Pelanggan Bank Negara Malaysia (BNMTELELINK) di 1-300-88-5465.

 


Bank Negara Malaysia
19 Mac 2014

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?