Berwaspada dengan Panggilan Telefon, E-mel atau SMS Palsu Meminta Maklumat Perbankan Peribadi

10 Jan 2011 Notis Umum

Orang ramai dinasihati supaya tidak mendedahkan nombor pengenalan peribadi dan kata laluan mereka kepada pihak ketiga dalam apa jua keadaan pun. Bank Negara Malaysia dan bank-bank perdagangan TIDAK AKAN meminta maklumat perbankan peribadi atau pengesahan transaksi kad kredit melalui panggilan telefon, e-mel atau SMS.

Orang ramai yang menerima permintaan sedemikian dinasihati supaya tidak memberikan maklumat yang diminta dan menghubungi bank masing-masing dengan segera untuk mendapatkan penjelasan. Maklumat lanjut berhubung dengan skim kewangan secara haram boleh didapati daripada laman 'Amaran Penipuan Kewangan (Financial Fraud Alert)' di http://fraudalert.bnm.gov.my

Untuk sebarang pertanyaan atau nasihat lanjut, orang ramai boleh menghubungi atau melawat Bank Negara Malaysia di:

  • BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan) Tel: 1-300-88-5465 Faks: 03-2174 1515 E-mel: [email protected] (Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)
  • Untuk menghantar pertanyaan melalui perkhidmatan SMS, sila taip: BNM TANYA [pertanyaan/aduan anda] dan hantar kepada 15888 (Penghantar akan dikenakan caj oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi sebanyak RM0.15 bagi menghantar mesej dan RM0.20 untuk menerima mesej)
  • BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan) Bank Negara Malaysia, Tingkat Bawah, Blok D Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur (Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)

 


Bank Negara Malaysia
10 Januari 2011

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?