BNM Menganjurkan Pameran Seni
Satu pameran lukisan bertemakan "Malaysia Tanah Airku" akan diadakan di Pusat Seni dan Muzium, Bank Negara Malaysia di Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur pada 13-24 April 2000.
Kira-kira 90 artis dijangka akan mempamerkan lebih dari 150 karya seni di pameran tersebut. Tema "Malaysia Tanah Airku" dipilih untuk membangkitkan kesedaran dan memupuk rasa cinta kepada tanah air dikalangan karyawan, peminat seni dan orang ramai. Ia juga memberi skop yang luas untuk pelukis melahirkan karya mereka.
Pameran lukisan ini adalah yang kesebelas dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia sempena Persidangan Tahunan Institusi Kewangan.
Orang ramai dijemput untuk menyaksikan pameran dan membeli hasil lukisan tersebut. Pameran akan dibuka antara jam 9.30 pagi dan 4.30 petang setiap hari. Jamuan teh akan diadakan pada 13 April 2000 antara jam 10.30 pagi dan 11.30 pagi, dan antara jam 3 petang dan 4 petang.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.