BNM menubuhkan Pusat Maklumat mengenai Pengambilan Deposit Secara Haram
Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyediakan Pusat Penerangan untuk melayani pertanyaan orang ramai mengenai isu-isu berkaitan skim-skim pengambilan deposit haram.
Pusat Penerangan tersebut beroperasi di antara 9.00 pagi dan 5.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dan 9.00 pagi hingga 1.00 petang pada hari Sabtu.
Nombor telefon Pusat Penerangan tersebut ialah 03-2932330, sementara nombor faksimili ialah 03-2916954, 03-2917052 dan 03-2986705. Alamat e-mel ialah [email protected].
Orang ramai sekali lagi diingatkan supaya tidak terlibat di dalam skim-skim pengambilan deposit haram untuk mengelakkan kehilangan wang mereka. Di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA), hanya institusi- institusi kewangan yang berlesen dibenarkan menerima deposit.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.