BNM sedang memantau Agen dan Agensi Syarikat BNI

Embargo: Untuk siaran segera
22 Mac 2000 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mengawasi operasi BNI Agencies/Agent dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekali lagi terhadap mereka jika masih meneruskan transaksi penghantaran wang secara tidak sah.

Pada 13 March 2000, pegawai pegawai BNM, dengan bantuan pihak polis, telah membuat serbuan keatas BNI Agencies/Agent di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor kerana disyaki melanggar peruntukan dibawah Akta Bank dan Institusi Institusi Kewangan, 1989 (BAFIA 1989) dan Akta Kawalan Pertukaran Wang, 1953.

Semasa serbuan tersebut, dokumen dokumen yang berkaitan, peralatan pejabat dan wang tunai berjumlah lebih kurang RM700,000 telah dirampas untuk membantu siasatan. Kenyataan bertulis telah diambil dari kakitangan kakitangan BNI dan pelanggan pelanggan mereka yang berada dipremis semasa serbuan dijalankan.

Siasatan lanjut terhadap BNI Agencies/Agent sedang dijalankan. Sehubungan dengan itu, salah seorang yang disyaki telah ditangkap pada 21 Mac 2000 dan kemudiannya dilepaskan atas jaminan polis sementara menunggu untuk dihadapkan kemahkamah. Berdasarkan pengawasan terkini, ketiga tiga premis yang telah diserbu baru baru ini di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor tidak lagi beroperasi.

BNM juga akan mengambil tindakan terhadap agensi agensi lain atau individu yang didapati melanggar peruntukan dibawah BAFIA, 1989 dan Akta Pertukaran Wang, 1953.

Orang ramai sekali lagi dinasihatkan supaya hanya membuat penghantaran wang melalui agen agen yang diperakui sah, iaitu bank bank perdagangan dan Bank Islam.


Bank Negara Malaysia
22 Mac 2000

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?