BNMLINK Terus Menawarkan Khidmat Nasihat

16 Jun 2020 Notis Umum

Mulai bulan Julai 2023, BNMTELELINK kini dikenali sebagai BNMLINK. Orang ramai boleh terus menghubungi BNMLINK menerusi borang dalam laman sesawang di bnmlink.bnm.gov.my atau hubungi 1-300-88-5465 untuk pertanyaan umum atau aduan.

BNM ingin memaklumkan bahawa platform kami untuk berhubung dengan orang ramai dan perniagaan kecil, iaitu BNMLINK terus menawarkan khidmat nasihat.

Pertanyaan Umum

Orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat BNM dengan menghantar pertanyaan atau aduan melalui eLINK (borang dalam laman sesawang) di https://telelink.bnm.gov.my/

Mereka juga boleh menghubungi BNMLINK di talian 1-300-88-5465 dari hari Isnin hingga Jumaat (9.00 pagi hingga 5.00 petang).

Pusat khidmat pelanggan hanya menerima pelawat bagi kunjungan ke premis melalui janji temu. Orang ramai boleh membuat janji temu melalui eLINK atau BNMTELELINK.

Laporan CCRIS

Orang ramai boleh mendapatkan laporan kredit menerusi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS) atau daripada mana-mana Agensi Pelaporan Kredit.

Untuk CCRIS

  1. Bagi pengguna eCCRIS berdaftar, anda boleh menyemak laporan CCRIS anda secara dalam talian di sini

  2. Bagi pengguna kali pertama, sila ikut langkah-langkah di bawah untuk membuat pendaftaran. Anda perlu:

    • Memuat turun borang permohonan CCRIS/eCCRIS di sini

    • Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang diperlukan

    • Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti yang terdapat dalam senarai semak pada halaman 1 dan 2 dalam borang permohonan

    • Hantar borang permohonan bersama-sama dengan dokumen sokongan ke eLINK

  3. Jika anda tidak mahu mendaftar sebagai pengguna eCCRIS tetapi masih mahu mendapatkan laporan CCRIS, anda perlu:

    • Memuat turun borang permohonan CCRIS/eCCRIS di sini

    • Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang diperlukan

    • Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti yang terdapat dalam senarai semak pada halaman 1 dan 2 dalam borang permohonan

    • Hantar borang permohonan bersama-sama dengan dokumen sokongan ke eLINK

Untuk laporan kredit daripada Agensi Pelaporan Kredit lain, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut untuk mendapatkan laporan kredit daripada pautan yang berikut:

  1. Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd at https://creditbureau.com.my

  2. CTOS Data Systems Sdn Bhd at https://ctoscredit.com.my

  3. Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd at https://www.mycreditinfo.com.my

Pertukaran wang kertas dan syiling rosak

Orang ramai boleh membuat pertukaran wang kertas dan syiling rosak di mana-mana institusi kewangan.

Orang ramai yang memerlukan khidmat nasihat selanjutnya boleh menghubungi Pejabat-pejabat BNM seperti yang berikut:

Pejabat BNM Pulau Pinang
+604-258 7588

Pejabat BNM Johor Bahru
+607-225 7888

Pejabat BNM Kuching
+6082-224-200

Pejabat BNM Kota Kinabalu
 +6088-522-310
Waktu urusan: Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Pejabat BNM Kuala Terengganu
+609-638-2001
Waktu urusan: Ahad hingga Khamis, 9.00 pagi hingga 5.00 petang


Bank Negara Malaysia
16 Jun 2020

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?