Bon Simpanan Malaysia Siri 03 Matang
Bon Simpanan Malaysia (BSM 03) yang telah diterbitkan dalam bulan Februari 2002 akan matang pada hari Isnin, 2 Februari 2004. BSM 03 ini boleh ditebus di bank-bank ejen berikut atau di cawangan masing-masing:
- Alliance Bank Malaysia Berhad
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Bank Muamalat Malaysia Berhad
- Bumiputra-Commerce Bank Berhad
- EON Bank Berhad
- Hong Leong Bank Berhad
- Malayan Banking Berhad
- Public Bank Berhad
- RHB Bank Berhad
Pada tarikh bon matang, jumlah yang dilabur termasuk kadar faedah terakhir atau bayaran keuntungan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang bon dengan bank-bank ejen atau cawangan-cawangannya. Dengan itu, pemegang-pemegang bon tidak perlu menyerahkan sijil bon mereka untuk tujuan penebusan. Pemegang-pemegang bon yang tidak mempunyai sebarang akaun dengan bank ejen atau cawangan mereka akan menerima bayaran melalui cek yang dikirimkan melalui pos.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.