Bon Simpanan Merdeka 01/2009 Telah Dilanggan Sepenuhnya

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1200 pada Rabu, 11 Mac 2009
11 Mac 2009 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia ingin memaklumkan bahawa Bon Simpanan Merdeka 01/2009 telah dilanggan sepenuhnya. Dengan ini, semua bank ejen tidak lagi menerima permohonan baharu bagi Bon Simpanan Merdeka ini. Bon ini akan diterbitkan pada 18 Mac 2009. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh bank ejen masing-masing. Penyata awal akan diedarkan kepada pemohon yang berjaya oleh bank ejen mereka mulai 25 Mac 2009.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bon Simpanan Merdeka 01/2009 ini, sila hubungi Bank Negara Malaysia TELELINK di 1300 88 5465 atau lawati www.bnm.gov.my/bonmerdeka.


Bank Negara Malaysia
11 Mac 2009

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?