Dokumen Dasar Hajah dan Darurah
Dokumen dasar ini menggariskan keperluan dan kehendak pihak Bank Negara Malaysia (BNM) bagi pelaksanaan pengecualian daripada pematuhan Syariah berdasarkan konsep hajah (keperluan) dan darurah (keperluan yang mendesak) oleh institusi kewangan Islam (IKI) dalam menjalankan aktiviti perniagaan perbankan Islam dan takaful. Keperluan dan kehendak utama adalah seperti yang berikut:
(a) menggariskan takrifan kesukaran (hardship), prasyarat, skop permohonan yang dilarang dan parameter kategori yang berbeza bagi hajah dan darurah;
(b) memperjelas dan memperkukuh akauntabiliti para individu yang bertanggungjawab terhadap penilaian, deduksi serta pelaksanaan aplikasi hajah dan darurah; dan
(c) menggariskan keperluan operasi dan panduan dalam memudahkan perbincangan Syariah serta proses membuat keputusan mengenai aplikasi hajah dan darurah.
Dokumen dasar ini bertujuan untuk memperkukuh metodologi dan proses IKI yang sedia ada bagi mengatasi kesukaran yang dihadapi semasa menawarkan perniagaan kewangan Islam, supaya aplikasi hajah dan darurah adalah selaras dengan kehendak Bank.
Tarikh Penerbitan
3 Januari 2024
Tarikh Berkuat Kuasa
2 Januari 2025
Jabatan yang Menerbitkan Dokumen
Jabatan Sistem Kewangan Islam
Dokumen
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.