Dokumen Dasar Ketelusan dan Penzahiran Produk
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 0930 pada Selasa, 3 Disember 2024
03 Dis 2024
Notis Umum
Dokumen Dasar Ketelusan dan Penzahiran Produk telah disemak semula untuk memperkenalkan keperluan penzahiran baharu dan yang dipertingkatkan, bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penzahiran produk bagi membantu pengguna memilih produk kewangan yang sesuai dengan keperluan kewangan mereka.
Ringkasan
Pindaan utama yang dibuat kepada Dokumen Dasar ini adalah seperti berikut:
- Perenggan 11: Keperluan baharu bagi penzahiran produk melalui saluran digital;
- Perenggan 12: Keperluan yang dipertingkatkan berkaitan perkongsian maklumat pelanggan untuk tujuan pemasaran dan promosi;
- Perenggan 14: Keperluan yang disemak semula berkaitan penggunaan Bahasa
Melayu; dan - Perenggan 16: Keperluan yang dipertingkatkan bagi lembaran penzahiran produk.
Tarikh Penerbitan
2 Disember 2024
Jabatan Pengeluar
Jabatan Konsumer dan Amalan Pasaran
Dokumen
Dokumen Dasar Ketelusan dan Penzahiran Produk (dikemas kini 30 Jun 2026)
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!