Dokumen Dasar Kod Tatakelakuan untuk Pasaran Kewangan Borong Malaysia
Dokumen dasar ini menggariskan prinsip yang perlu diamalkan oleh peserta pasaran dalam menegakkan integriti dan prinsip amalan pasaran yang adil, yang penting untuk menyokong keyakinan, memastikan pasaran kewangan borong berfungsi dengan teratur, dan mengekalkan kestabilan kewangan.
Susulan penerbitan awal Kod Tatakelakuan untuk Pasaran Kewangan Borong Malaysia empat tahun dahulu, dokumen dasar ini adalah hasil kajian semula berterusan susulan maklum balas daripada industri dan peserta pasaran berkenaan hal ehwal amalan pasaran.
Di samping mematuhi keperluan dalam dokumen dasar ini, peserta pasaran juga perlu mematuhi semua undang-undang, peraturan dan kawalseliaan yang terpakai dalam bidang kuasa di mana transaksi pasaran kewangan dilakukan.
Baca: Dokumen Dasar Kod Tatakelakuan untuk Pasaran Kewangan Borong Malaysia
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.