Dokumen Dasar mengenai Pelaporan Kewangan oleh Institusi Kewangan Pembangunan
Bank Negara Malaysia telah menerbitkan Dokumen Dasar Pelaporan Kewangan untuk Institusi Kewangan Pembangunan yang bertujuan untuk menjelaskan dan menetapkan jangkaan minimum bagi pemakaian Standard Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) kepada institusi kewangan pembangunan (DFI) yang ditetapkan.
Dokumen Dasar ini juga bertujuan untuk memastikan pendedahan yang mencukupi oleh DFI dalam penyata kewangan untuk meningkatkan kebolehbandingan bagi pengguna penyata kewangan, selain daripada memudahkan penilaian kedudukan kewangan dan pencapaian pembangunan atau mandat DFI.
Lihat selanjutnya:
Dokumen Dasar Pelaporan Kewangan untuk Institusi Kewangan Pembangunan
Tarikh Penerbitan
2 Disember 2022
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.