Dokumen Dasar mengenai Pengendali Sistem Pembayaran

22 Dis 2022 Notis Umum

Dokumen dasar ini menetapkan keperluan dan panduan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk pengendali sistem pembayaran (Payment System Operators, PSO). Ia terpakai kepada pengendali yang diluluskan di bawah seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) atau seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Ia juga terpakai kepada pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan di bawah seksyen 30 FSA atau seksyen 39 IFSA. 

Dokumen dasar ini menggariskan keperluan kawal selia yang perlu dipenuhi oleh pengendali sistem pembayaran yang diluluskan untuk:

  • memastikan keselamatan, kecekapan dan kebolehpercayaan sistem pembayaran;
  • memelihara keyakinan orang ramai terhadap sistem pembayaran dan penggunaan instrumen pembayaran; dan
  • memastikan sistem pembayaran diselaraskan dengan piawaian antarabangsa yang berkaitan, seperti Prinsip untuk Infrastruktur Pasaran Kewangan yang dikeluarkan bersama oleh Committee on Payments and Market Infrastructures dan International Organization of Securities Commissions.

BNM juga telah mengeluarkan kenyataan maklum balas untuk menangani maklum balas yang diterima daripada industri semasa tempoh perundingan untuk dokumen dasar PSO.

Selanjutnya:


Bank Negara Malaysia
22 Disember 2022

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?