Dokumen Dasar mengenai Rangka Kerja Pengukuran Prestasi untuk IKP yang Ditetapkan

24 Jun 2026 Notis Umum

Dokumen Dasar Rangka Kerja Pengukuran Prestasi (Performance Management Framework, PMF) ialah rangka kerja strategik yang direka untuk memperkukuh keberkesanan Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) dalam melaksanakan peranan pembangunan mereka. Ia menyediakan panduan berstruktur untuk IKP bagi merangka dan melaksanakan strategi yang menjana tambahan melalui operasi mereka, sekali gus menyumbang kepada rangkuman kewangan, pembangunan sosioekonomi dan keberkesanan keseluruhan proses pengantaraan kewangan.

Dokumen dasar ini menggariskan elemen utama berikut untuk menyokong pelaksanaan PMF yang berkesan:

  1. Keperluan PMF umum, termasuk jangkaan terhadap tadbir urus, strategi, bakat, data dan sistem serta saluran penyampaian perkhidmatan;

  2. Komponen teras rangka kerja, yang terdiri daripada dimensi prestasi dan petunjuk yang berkaitan dengan tambahan, impak sosial dan kecekapan operasi yang dijangka dicapai oleh IKP; dan

  3. Keperluan pelaporan, untuk menggalakkan ketelusan, membolehkan penilaian prestasi berterusan dan memperkukuh akauntabiliti kepada pihak berkepentingan

Tarikh Penerbitan
24 Jun 2026

Tarikh Kuat Kuasa
24 Jun 2026

Jabatan Penerbit
Jabatan Rangkuman Kewangan

Dokumen


Bank Negara Malaysia
24 Jun 2026

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?