Dokumen Dasar Pembiayaan Peribadi

30 Sep 2025 Notis Umum

Dokumen Dasar Pembiayaan Peribadi bertujuan untuk menggalakkan amalan pembiayaan yang berhemat dan bertanggungjawab bekenaan dengan penyediaan pembiayaan peribadi oleh penyedia perkhidmatan kewangan (PPK), di samping menggalakkan tingkah laku pinjaman yang bertanggungjawab dalam kalangan pengguna kewangan.

Dokumen Dasar ini memperkenalkan keperluan baharu untuk:

(a) memastikan pelaporan yang jelas oleh PPK berhubung dengan jangkaan sedia ada Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai pelaksanaan tempoh pembiayaan maksimum selama 10 tahun bagi pembiayaan yang ditawarkan di bawah produk pembiayaan rumah atau yang dicagarkan dengan harta bebas bebanan bagi kegunaan peribadi;

(b) melarang penawaran pembiayaan peribadi dimana caj faedah/keuntungan dikira menggunakan kaedah kadar sama rata (flat rate) dan/atau kaedah Peraturan 98 (Rule of 78);

(c) memperkukuh jangkaan supaya PPK mendedahkan kadar keuntungan/faedah efektif kepada pengguna kewangan; dan

(d) memastikan pengguna kewangan yang memohon pembiayaan peribadi melebihi RM100,000 menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan.

Keperluan-keperluan ini diperuntukkan di bawah:

(a) perenggan 10.3 hingga 10.10 berhubung pelaksanaan tempoh pembiayaan maksimum;

(b) perenggan 10.11 hingga 10.12 berhubung larangan penggunaan kaedah kadar sama rata (flat rate) dan/atau Kaedah Rule of 78;

(c) perenggan 10.13 berhubung pendedahan kadar keuntungan/faedah efektif; dan

(d) perenggan 10.17 hingga 10.18 berhubung pendidikan kewangan.

 

Tarikh Penerbitan
30 September 2026

Tarikh Berkuatkuasa
30 September 2025, kecuali perenggan berikut, yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2027:
(a) perenggan 10.3 hingga 10.13; dan
(b) perenggan 10.17 hingga 10.18.

Jabatan Penerbit
Jabatan Konsumer dan Amalan Pasaran

Dokumen


Bank Negara Malaysia
30 September 2025

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?