Dokumen Dasar Pemetaan Tanggungjawab

29 Dis 2023 Notis Umum

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan dokumen dasar Pemetaan Tanggungjawab pada hari ini. Dokumen dasar ini menetapkan keperluan untuk menjelaskan dan mengukuhkan akauntabiliti individu setiap ahli pengurusan kanan yang memikul tanggungjawab utama untuk merancang, mengarah atau mengawal aktiviti institusi kewangan. Keterjelasan dan ketelusan dalam akauntabiliti akan menggalakkan tindakan dan keputusan oleh pengurusan kanan yang konsisten dengan tadbir urus yang baik dan pengurusan risiko yang kukuh, yang akhirnya menyumbang kepada kekukuhan kewangan jangka panjang institusi kewangan.

Satu pernyataan maklum balas telah dikeluarkan serentak dengan dokumen dasar ini, yang meliputi maklum balas BNM terhadap bidang utama ulasan yang diterima semasa tempoh perundingan.

Dokumen dasar ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.

Lihat juga:


Bank Negara Malaysia
29 Disember 2023

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?