Dokumen Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Percambahan dan Sekatan Kewangan Bersasar untuk Institusi Kewangan
Dokumen Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Anti-Money Laundering, AML), Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Countering Financing of Terrorism, CFT), Pencegahan Pembiayaan Percambahan (Countering Proliferation Financing, CPF) dan Sekatan Kewangan Bersasar (Targeted Financial Sanctions, TFS) untuk Institusi Kewangan merupakan semakan semula kepada dokumen dasar AML/CFT and TFS for FIs yang diterbitkan pada 31 Disember 2019.
Dokumen dasar ini menyertakan kemas kini terbaharu dalam piawaian yang diterbitkan oleh Financial Action Task Force, termasuk memperjelas keperluan AML/CFT/CPF yang dikenakan terhadap institusi pelapor. Institusi pelapor dikehendaki melaksanakan pendekatan berasaskan risiko dalam menguruskan risiko ML/TF/PF dan mematuhi keperluan TFS.
Tarikh Penerbitan
5 Februari 2024
Tarikh Kuat Kuasa
6 Februari 2024
Jabatan yang menerbitkan dokumen
Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan
Terpakai pada:
1. Bank berlesen
2. Bank pelaburan berlesen
3. Bank Islam berlesen
4. Penanggung insurans berlesen
5. Pengendali takaful berlesen
6. Institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan
7. Perniagaan perkhidmatan wang berlesen
8. Pengeluar instrumen pembayaran tertentu yang diluluskan
9. Pengeluar instrumen pembayaran Islam tertentu yang diluluskan
10. Lembaga Tabung Haji
11. Penasihat kewangan yang diluluskan
12. Penasihat kewangan Islam yang diluluskan
13. Broker insurans yang diluluskan
14. Broker takaful yang diluluskan
Dokumen
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.