Dokumen Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Percambahan dan Sekatan Kewangan Bersasar untuk Perniagaan dan Profesion Bukan Kewangan yang Ditentukan dan Institusi Kewangan Bukan Bank

05 Feb 2024 Notis Umum

Dokumen Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Anti-Money Laundering, AML), Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Countering Financing of Terrorism, CFT), Pencegahan Pembiayaan Percambahan (Countering Proliferation Financing, CPF) dan Sekatan Kewangan Bersasar (Targeted Financial Sanctions, TFS) untuk Perniagaan dan Profesion Bukan Kewangan yang Ditentukan (Designated Non-Financial Businesses And Professions (DNFBP) dan Institusi Kewangan Bukan Bank (Non-Bank Financial Institution, NBFI) merupakan semakan semula kepada dokumen dasar AML/CFT/CPF and TFS for DNFBP and NBFI yang diterbitkan pada 31 Disember 2019.

Dokumen dasar ini menyertakan kemas kini terbaharu dalam piawaian yang diterbitkan oleh Financial Action Task Force, termasuk memperjelas keperluan AML/CFT/CPF dan TFS untuk DNFBP dan NBFI yang dikenakan terhadap institusi pelapor. Institusi pelapor dikehendaki melaksanakan pendekatan berasaskan risiko dalam menguruskan risiko ML/TF/PF dan mematuhi keperluan TFS.

Tarikh Penerbitan
5 Februari 2024

Tarikh Kuat Kuasa
6 Februari 2024

Jabatan yang menerbitkan dokumen
Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan

Dokumen

 


Bank Negara Malaysia
05 Februari 2024

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?