Dokumen Dasar Rangka Kerja Pengawalseliaan Sandbox Teknologi Kewangan
Ringkasan
Dokumen dasar ini menetapkan dokumen dasar Rangka Kerja Pengawalseliaan Sandbox Teknologi Kewangan (Fintech) yang disemak semula oleh Bank Negara Malaysia (BNM), yang mengandungi penambahbaikan pada dokumen dasar dengan nama yang sama, yang dikeluarkan pada 18 Oktober 2016 [BNM/RH/PD 030-1]. Penambahbaikan ini tertumpu pada memastikan kemudahan pengawalseliaan yang berkadar dan meningkatkan kecekapan operasi prosedur sandbox sedia ada melalui:
a) memudahkan penilaian Tahap 1 (kelayakan) sandbox ; dan
b) memperkenalkan Lorong Hijau, yang bertujuan untuk menyediakan laluan yang berkadar risiko dan dipercepatkan untuk penyelesaian inovatif oleh institusi kewangan dengan keupayaan pengurusan risiko yang kukuh.
Dokumen Soalan Lazim memberikan penjelasan tambahan tentang tafsiran dan pelaksanaan Rangka Kerja yang dipertingkatkan.
Lampiran 1 dokumen dasar ini telah dikemaskini pada 28 June 2024 untuk gambaran proses permohonan Sandbox yang lebih jelas.
Keterpakaian
- Orang yang diberi kuasa atau berdaftar di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA)
- Orang yang diberi kuasa di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA)
- Pemegang lesen di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (MSBA)
- Institusi yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (DFIA)
- Syarikat fintech yang berhasrat untuk meneruskan:
a) perniagaan yang dibenarkan atau berdaftar seperti yang ditakrifkan dalam FSA;
b) perniagaan yang dibenarkan seperti yang ditakrifkan dalam IFSA; atau
c) perniagaan perkhidmatan wang seperti yang ditakrifkan dalam MSBA.
Tarikh Penerbitan
29 Februari 2024
Tarikh Berkuat Kuasa
29 Februari 2024
Jabatan Pengeluar
Jabatan Pembangunan dan Inovasi Kewangan
Akta Berkaitan
- Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
- Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
- Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011
- Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002
Dokumen
- Dokumen Dasar Rangka Kerja Pengawalseliaan Sandbox Teknologi Kewangan
- Soalan Lazim
- Borang Permohonan Sandbox Standard
- Borang Permohonan Lorong Hijau
Lihat juga: Laman Sandbox Pengawalseliaan
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.