Dokumen Dasar Wang Elektronik (E-Wang)
Dokumen dasar ini menetapkan keperluan kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) dan panduan untuk penerbit wang elektronik (EMI) yang diluluskan menurut seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA).
Dokumen dasar ini menggariskan keperluan yang bertujuan untuk:
- memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan e-wang yang dikeluarkan oleh EMI; dan
- memelihara keyakinan pelanggan dan peniaga dalam menggunakan atau menerima e-wang untuk pembayaran barangan dan perkhidmatan.
Selain itu, BNM turut mengeluarkan Pernyataan Maklum Balas, untuk memberi respons terhadap maklum balas dan cadangan utama yang diterima semasa tempoh perundingan, dan Soalan Lazim (FAQ) untuk meningkatkan pemahaman orang ramai tentang keperluan dan menjelaskan isu tafsiran dalam melaksanakan keperluan dokumen dasar e-wang.
Lihat lagi:
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.