Dokumen Dasar Wang Elektronik
Tarikh Penerbitan
31 Januari 2025
Tarikh Kuat Kuasa
31 Januari 2025
Ringkasan
Dokumen dasar ini menetapkan keperluan dan panduan pengawalseliaan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada pengeluar wang elektronik (electronic money issuer, EMI) yang diluluskan menurut seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
Dokumen dasar ini menggariskan keperluan yang bertujuan untuk–
- memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan wang elektronik yang dikeluarkan oleh EMI; dan
- mengekalkan keyakinan pelanggan dan peniaga untuk menggunakan atau menerima wang elektronik bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan.
Dokumen dasar ini disertakan dengan pernyataan balasan untuk menjawab maklum balas dan cadangan utama yang diterima semasa tempoh perundingan. Selain itu, disertakan juga semakan Soalan Lazim bagi meningkatkan pemahaman orang ramai tentang keperluan yang ditetapkan BNM serta menjelaskan isu tafsiran dalam pelaksanaan keperluan dokumen dasar Wang Elektronik ini.
Sorotan:
Semakan dokumen dasar dan Soalan Lazim ini dibuat selaras dengan pewartaan Perintah Perkhidmatan Kewangan (Wang Elektronik Maksud Terhad) (Pengecualian) 2024 [P.U.A 463/2024] dan Perintah Perkhidmatan Kewangan Islam (Wang Elektronik Maksud Terhad) (Pengecualian) 2024 [P.U.A 461/2024] yang mengecualikan EMI maksud terhad (limited purpose EMI) daripada dokumen dasar ini.
Terpakai untuk
Pengeluar wang elektronik yang diluluskan
Bahagian yang Bertanggungjawab
Sistem Pembayaran Runcit (Wang Elektronik)
Jabatan Penerbit Dokumen
Jabatan Dasar Perkhidmatan Pembayaran
Dokumen
- Dokumen Dasar Wang Elektronik [Semakan pada 31 Januari 2025]
- Soalan Lazim [Semakan pada 31 Januari 2025]
- Pernyataan Maklum Balas
- Perintah Perkhidmatan Kewangan (Wang Elektronik Maksud Terhad) (Pengecualian) 2024
- Perintah Perkhidmatan Kewangan Islam (Wang Elektronik Maksud Terhad) (Pengecualian) 2024
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.